TEMPAHAN UNTUK HARI RAYA PUASA 2011 KINI DI BUKA !

Kepada semua peminat dan dealer Cheese Tart Sedap , tempahan sempena hari raya Puasa 2011 ini kini di buka sehingga 18 Ramadhan . Perisa yang ada untuk musim kali ini ialah :-

1. Blueberry
2. Coklat
3. Strawberry
4. Choco Orange
5. Choco Strawberry
6. Choco Blueberry

Cepat buat tempahan kerana permintaan adalah terhad. Hanya ada 55,000 pcs sahaja untuk hari raya kali ini. Dan kepada dealer-dealer yang terlibat , hadiah menarik menanti anda yang membuat tempahan terbanyak ! Jangan lepaskan peluang ini ...

Thank for all your support.

Tuesday, December 29, 2009

Special Gift ... Cheese Cupcake !



Yang ini direka untuk customer yang ingin memberi kejutan buat yang tersayang ... simple , sedap dan menarik. Boleh ditambah kad ucapan , atau perhiasan mengikut citarasa dan permintaan. Terdapat pelbagai perisa ... lemon, kiwi, bluberry, strawberry dan orange.

Produk Baru !


Dah lama tak update blog. Busy dengan kerja yang sedia ada dan ditambah dengan pesanan dari customer baru. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang utk saya lebih maju dan berjaya. Ada new produk ... CHEESE CUPCAKE ! Tgh edit gambar ... sedap dan mmm ... menjilat jari. Kenapa ? Sebab cupcake ini ada filling buah-buahan ... tak caye ? tgk gambar ... yang ni perisa lemon+kiwi. Ada lagi ...

Monday, November 16, 2009

Cup for cheese tart

Cup yang dah siap , menanti masa untuk di isi dengan cheese dan filling ... hmm sedap !

Coklat Cheezeee !

Inilah rupe cheese tart coklat ciptaan saye :) . Anybody ? Sedap tau ...

Tuesday, November 10, 2009

Kami juga menjual cup cheese tart ...

Bagi mereka-mereka yang berminat utk menjual cheese tart , tetapi nak buat sendiri ... hmm cup utk tart tu yang jadi masalah utama ...

Pertama : kalau tak kena resepi nyer , 1 hari jer dah lemau biskut tu.
Kedua : leceh nak buat, sebab cheese tart ini dikategorikan baby size.
Ketiga : kalau tak der kerja lain tak per la, kalau nak buat tart ni sebagai part time ? tak tido malam la jawab nyer !

PUTERI DELIGHT ada solution ! Kami juga menjual cup tart tersebut. Sesiapa yang berminat ? Ini adalah syarat-syarat nya :-

1. Harga sebiji cup adalah 20 sen
2. Harga jualan kepada pelanggan perlulah tidak melebihi rm0.60 sen
3. Minimum order utk cup adalah 2000 biji ! Tahan lebih 3 bulan !

Berminat ? Sila e-mail puteri.delight@gmail.com , atau sms 012-5454828 utk berbincang.

Untung ker jual cheese tart ni ? Untung ... ! Kalau tak , kenapa saya jual ? kan ?

Hari Raya Haji Sales !

Setelah dikira-kira. Dicongak-congak ... Puteri Delight nak umumkan bahawa sempena Hari Raya Haji yang akan menjelang tiba , harga cheese tart akan diturunkan daripada rm0.60 sen sebiji , kepada rm 0.50 sen ! Untuk seluruh Malaysia ( opsss ... tak termasuk Sabah , Sarawak dan selatan semenanjung - sebab ni area yg dicover oleh my cousin and mu auntie !) ...

Friday, October 30, 2009

10,000 pcs !

Since last week , puteri delight berjaya menyiapkan 10,000 cup untuk order Raya Haji. Kali ni kita org harap Bank Rakyat ada bukak booth depan bank , so leh ler promote untuk seluruh Manjung. Last rayer puasa ari tuh tak sempat buat sebab tak ada kakitangan tetap. Harapnyer kali ni Cheese Tart Sedap berjaya menembusi pasaran ... juga mengharapkan kawan-kawan bantu saya utk berjaya ..

Sunday, October 18, 2009

New order after hari raya ...


Hari ini berjaya menyiapkan order 300 biji blueberry dari customer tetap, org MPM dan org Bank Rakyat. Tadi Lan (budak sebelah ... ) kata bos bank rakyat pon nak order jugak, 50 biji perisa coklat. Lepas ni mesti dia akan order lagi :) ... dah ready dlm 300 cup , and suruh Lan cari lagi. Semalam dah beri dia upah 50 biji tart , tadi dah beri rasa perisa Apple. Boleh tahan la , tapi tak boleh lawan blueberry ... kombinasi cream cheese yang berkrim ( he he he ... ada bahan rahsia yang ditambah supaya cheesenye lebih lemak !) dan blueberry filling ( tak ramai yg pakai fruit filling, kebanyakan member yg saya kenal , depa pakai jem filling) ... membuatkan customer akan ulang order sampai bila - bila ...



Sunday, October 4, 2009

Distributor Wanted !

Puteri Delight ingin mencari pengedar (distributor) bagi produk Tarta 'di Queso atau pun Cheese Tart bagi negeri-negeri Pulau Pinang , Perak dan Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang berminat , sila email kepada saya rahil.rasli@gmail.com atau call pada nombor 012-5454828 (kalau saya tak angkat , please sms). Setakat ini , dealer untuk kawasan-kawasan berikut sudah dipenuhi :-

1. Hospital Pulau Pinang
2. Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Fakulti Pergigian, Chow Kit)
3. Bank Rakyat , Manjung
4. Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
5. Affin Bank , Manjung
6. Boustead Naval Shipyard, Lumut

Call ! Jangan tak call !

Cheese Tart Sales !


Sempena Hari Raya Aidil Adha akan datang , Puteri Delight ingin mengumumkan kepada semua Umat Islam dan warga Malaysia, kami sedia menerima tempahan bagi produk Tarta 'di Queso (Cheese Tart) , bermula hari ini. Berikut adalah senarai harga dan perisa yang dibenarkan :) :-

RM 60/ 100 pcs ( 25 pcs per box / can mix 2 flavour in each order)
1. Blueberry Cheese Tart ( the most wanted )
2. Lemon Cheese Tart ( melt in your mouth ... slurpp )
3. Chocolate Cheese Tart ( new in town , BOOM ! )
4. Kiwi Cheese Tart (sweet and sour taste)

Bonus for LUMUT, MANJUNG and SITIAWAN area , only RM 50/ 100 pcs !!
Sila hubungi dengan SMS tempahan anda kepada nombor
012-5454828 , dengan menyatakan maklumat berikut :-

1. Nama
2. Alamat
3. Perisa

Tempahan akan ditutup selepas capai target , so jangan lepaskan peluang.

Tuesday, August 18, 2009

Memulakan satu bisnes yang baru !

Dah hampir setahun asyik tgk blog, facebook, fotopages or anything yang berkaitan dengan orang yang berbisnes secara online. sajer nak tgk perkembangan. Masya Allah ! hebat sungguh perubahan yang berlaku. Mereka menjadi lebih famous dan bisnes makin maju. Siap ada follower. Saya sendiri tak paham apa itu blog. So kaji sendiri ... hmm patut la Raja Petra kena tahan.

Bisnes internet ni tak perlu ada syarikat sendiri. kalau buat sendiri lagi bagus , biler nak buat loan , tunjuk akaun bisnes ni. Masyukkk ...

So saya nak cuba sesuatu yang baru. Sebenarnya baru jer pandai buat cheese tart ni. Dah hampir setahun try berbagai resepi. Tak ada orang ajar. Actually sepupu saya di Johor adalah penjual cheese tart yang paling maju di Malaysia ( ni lembaga hasil tak tahu ni !). Tahun lepas dia mendapat rm 70,000. perghhh !!! Mintak resepi tak dikasinye :(. My husband kata , jangan susah hati. Cari sendiri ! Nah selepas setahun (malas sebenarnya mula-mula tu, skang ni jer rajin) ... bersambung